Blog Bola Sepak Malaysia

Biodata Nazirul Naim Che Hashim



Nazirul Naim

Biodata Nazirul Naim 

Nama Penuh : Nazirul Naim Bin Che Hashim
Tarikh Lahir : 6 April 1993
Tempat Lahir : Kuala Kangsar, Perak
Tinggi : 1.67 m
Posisi : Bek Kiri
Kelab 2015 : Harimau Muda (Liga Singapura)


Ringkas Mengenai Beliau

Nazirul Naim memulakan langkah sebagai pemain bola sepak di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Sebelum itu, dia pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar dan merupakan salah seorang pelajar yang pintar di sekolah itu dan pelajar kelas rancangan khas (KRK).

Setelah beraksi untuk pasukan Harimau Muda dari tahun 2010, pada tahun 2013 Nazirul Naim telah mendapat tawaran bersama Wan Zack Haikal untuk bermain bersama FC Ryukyu kelab divisyen 3 Liga Jepun (J3 League).


Nazirul Naim,Wan Zack,FC Ryukyu
Nazirul dan Wan Zack bersama wakil kelab FC Ryukyu



Malangnya Nazirul Naim ketika di FC Ryukyu telah mengalami kecederaan. Dia ditamatkan kontrak pada tahun 2014 dan kembali bermain bersama pasukan Harimau Muda. Wan Zack juga mengalami nasib yang serupa.


Nazirul Naim


Sekembalinya dia ke Malaysia, Nazirul bermain bersama Harimau Muda di Liga Singapura. Dia juga terpilih mewakili Malaysia di Sukan Sea dan juga Kelayakan Piala Dunia di bawah kendalian Ong Kim Swee.

Apa yang istimewanya tentang pemain ini ialah dia rajin membuat larian overlapping untuk membantu serangan pasukannya dan juga mempunyai kelebihan menjaringkan gol menerusi sepakan percuma.


0 Comments for "Biodata Nazirul Naim Che Hashim"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top