Blog Bola Sepak Malaysia

Kedah Tanpa 4 Pemain Bertemu Perak


PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) menaruh keyakinan skuad Helang Merah mampu mempertahankan rekod tanpa kalah yang dicatat dalam cabaran Liga Malaysia musim ini walaupun terpaksa beraksi tanpa empat tonggak pada cabaran Piala FA menentang Perak di Stadium Perak, Ipoh malam ini.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata, keyakinan tersebut berdasarkan prestasi yang dipamerkan barisan pemain muda di bangku simpanan yang sentiasa bersiap sedia untuk diturunkan bagi menggantikan tempat pemain utama yang cedera.

Katanya, empat pemain utama yang masih cedera ialah Baddrol Bakhtiar, Ahmad Fakri Saarani, Syafiq Ahmad dan Mohd. Farhan Roslan.

“Bagaimanapun, masih ada sehari lagi. Sekiranya tonggak utama pulih, mereka boleh bermain. Namun jika sebaliknya, kita terpaksa memberi kepercayaan kepada pemain simpanan untuk beraksi.

“Berdasarkan persembahan yang dipamerkan pemain muda pada saingan Liga Super menentang Melaka United Sabtu lalu, mereka menunjukkan prestasi yang membanggakan.

“Saya mengharapkan pemain simpanan dapat membuktikan kemampuan sebenar mereka selepas diberi peluang beraksi menggantikan kese­belasan utama,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Pusat Latihan Negeri Atlet Para Kedah di Alor Setar semalam.



0 Comments for "Kedah Tanpa 4 Pemain Bertemu Perak"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top