Blog Bola Sepak Malaysia

Ultras Di Malaysia

Ultras Malaya
Ultras Di Malaysia

Ini post nasihat . mungkin bukan aku sahaja kurang puas hati , malah ada beberapa teman dan komrad sama juga tidak puas hati . ini tentang ketaksuban remaja terhadap budaya ultras .aku tidak kisah jika mereka taksub kerana minat , cinta mereka terhadap negeri dan negara namun ada yang masuk kerana nampak ultras ini seperti satu fenomena . seperti Akademi Fantasia pada tahun 2003 dimana semua duduk depan tv , tidak kira budak kecil , remaja dan warga emas . misi mereka untuk tengok Vince , Khai , Rosma yang sekarang bukanlah seorang penyanyi namun buat benda lain . pejadah buat program realiti kalau dah tahu 'artis' tu nanti jadi pengawal keselamatan Ukay Perdana ?





Pada tahun 2007 , Ultras Malaya ditubuhkan . aku tak tahu sejarah nya , namun banyak halangan dan dugaan dihadapi mereka pada awal ditubuhkan . dibaling burger , air botol . hanya mereka yang lalui saja yang tahu betapa peritnya time nak bangunkan UM itu sendiri . mereka tetap bersemangat dan berjiwa besar . tiga tahun selepas ditubuhkan , usaha mereka berbaloi . dikenali ketika semi final AFF menentang Vietnam . ketika itu semua tabik dan mahu mengenali siapa itu UM .

Namun tak semua suka , ada jugak yang membenci usaha murni mereka . ada yang menganggap mereka gila kerana berdiri selama 90 minit untuk memberi semangat kepada pemain Malaysia . dan selepas final AFF banyak ultras negeri ditubuhkan . sebelum final juga ada ultras negeri ditubuhkan seperti Perak (Silvermania) , Kedah (Ultras Kedah) , Selangor (UltraSel) . malah Ninth Mania juga ditubuhkan sebelum final AFF 2010 . 

Ultras Kedah
Ultras Kedah
Ultras Perak
Ultras Perak - Silverstate Ultras

Harini , ramai anak muda dan remaja mahu join ultras . ada yang betul betul jiwanya untuk negeri , namun ada yang tidak . harini saya mahu rungkai tentang yang tidak itu . jika dilihat di page page ultras negeri , banyak yang like . mungkin ada yang dari negeri luar . seperti UKTRM (Ultras Kelantan The Red Mania) , berbelas ribu like di facebook . namun berapa ratus yang muncul di Stadium Kota Bharu ? jauh panggang dari api . ada yang kata , 'tidak apa lah . ini tunjuk dorongan orang ramai  kepada ultras itu sendiri ' . ye , memang namun apa salah jika setiap game lebih kurang dua ratus orang memenuhi curva curva . lebih baik pengelike pengelike itu turun stadium sendiri .


Ultras Kelantan
Ultras Kelantan - The Red Mania

Flare Ultras Malaya
"Flare" Yang Digunakan Dapat Memeriahkan Suasana Perlawanan

 Bagi saya , banyak yang cakap lebih buat tidak . cakap di facebook , 'besok saya akan join tak sabar nak join . ultras selamanya ' . namun , ada yang hanya cakap sahaja . tapi masih tak join juga . alasan - saya malu . saya tak kisah yang maki dan makan kuaci kerana ada mereka itu setia kepada negeri dan negara juga . kalah menang mereka tetap disitu . namun remaja remaja dan anak muda sekarang hanya bangga kerana menjadi seorang ultra . di sekolah , heboh tentang konon dia join curva . konon dialah seorang ultra di sekolah . konon tiada ultra lain di sekolah selain dia .

Ini saya lalui sendiri , ada yang chant sehingga ke kelas . saya hanya mampu tengok . nak tegur , takut nanti taknak join ultras lagi dah . konon ultras ni ganas dan macam bagus . ada yang panggil saya abang ultras sambil mengangkat tangan . saya hanya dapat dia suruh relax sahaja . abang ultras ? tiada hierarki didalam ultras . tiada brother besar atau apa . semua sama sahaja .

Jika lihat di page facebook Ultras Malaya , ramai remaja yang melalut di page itu sehingga wallnya terpaksa ditutup . jika dulu saya bukak facebook setiap hari , notification sampai 50 terpampang di kiri page dan semuanya melalut seperti - Ultras Selamanya dan sebagainya . ada yang kasi idea untuk chant baru ? tiada . semua tulis mengarut melalut . saya tahu , UM baru permulaan . belum lagi 10 tahun lagi mungkin di curva , sehingga 2-3 ribu join untuk chant . ketika itu ragam lagi pelbagai . poyo , bongkak akan lahir di dada para remaja . aku tahu itu . sekarang pun sudah ada . namun jumlah nya masih kecil .

Azraai Khor
Azraai Khor - Jurulatih Yang Menyokong Budaya Ultras

Saya hanya nak seru , pergi join ultras hanya kerana cinta akan negara dan negeri . nasionalisme , patriotisme yang semakin menghilang dikalangan remaja perlu dibangkit , diseru semula . percaya atau tidak , selepas saya sertai ultras ini , memang semangat cinta akan negara , negeri , kelas mahupun sekolah akan bangkit . ini bukan Smakshok yang menipu , ini jujur . saya laluinya .

Pesanan saya , apabila anda sertai anda akan ketagihan . namun jangan bawa ketagihan itu ke sekolah . jika iya pun , lakukan di kalangan rakan anda . tarik mereka untuk join namun jangan paksa . sokongan dari hati diperlukan . tak perlu heboh heboh , ini adalah top secret . tiada siapa mengenali anda ultras kecuali rakan dan keluarga . jika bangga kerana sertai ultras , kemudian chant di perhimpunan atau ketika rehat kuat kuat , sila hentikan . ini amaran keras . saya taknak perkara bangga dan taksub gilababi terhadap ultras sehingga membawa ke sekolah menular ketika ultras diterima ramai atau mula popular .

Jangan hanya sertai Ultras Malaya sahaja , sertai ultras negeri anda sendiri . jangan malu kerana bilangannya sikit , jangan malu jika ke-stim-mannya , ke-surup-annya tidak sama seperti UM . UM sudah laam bertapak walhal ultras di setiap negeri baru hendak memulakan langkah . UM berjalan , ultras negeri negeri masih merangkak . setiap negeri sudah ada , atau mungkin beberapa negeri tidak ada . biar mula dari bawah , jangan ketika dipuncak sahaja baru nak join . apa yang kita lakukan , semua kita mula dari bawah . membuat , mengekalkan , menaikkan budaya ultras bukan senang . kerjasama , sokongan , jiwa diperlukan . 

kredit artikel asal : informbola

0 Comments for "Ultras Di Malaysia"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top