Keringat yang dicurahkan para pemain dalam saingan unifi Liga Super dan Liga Premier terus dihargai apabila penganjuran Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-asiana.my diteruskan lagi bagi musim 2018.
Anugerah yang sudah memasuki tahun ke-4 penganjurannya menyaksikan 139associates dan MK bertindak sebagai rakan penaja utama.
Rakan-rakan penaja lain yang terlibat ialah PaddyGear, BB7, AY Sports dan Major Pomade.
Matlamat jelas kewujudan berterusan anugerah ini bertujuan dalam memartabatkan serta menghargai jasa dan sumbangan para pemain yang berjuang untuk pasukan.
Proses pencalonan pemain terbaik akan dilakukan oleh barisan panel yang terdiri dari pengamal media dan seterusnya para penyokong diberikan peluang untuk mengundi pemain pilihan mereka.
Jawatankuasa Pencalonan Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM – asiana.my yang terlibat adalah daripada pengamal-pengamal media sukan yang berpengalaman seperti Ahmad Muzzamil (Semuanya BOLA), Vijhay Vick (FourFourTwo), Aziman Rosdi (Harian Metro) Ahmad Fazil Yadi (Kosmo!) dan Saiyed Ismail (Media Prima – TV3).
Pemain Liga Super yang mendapat undian tertinggi akan menerima sebuah Trofi dan sebingkai gambar sumbangan asiana.my , wang tunai berjumlah RM1500 sumbangan 139associates dan MK, jersi tajaan PaddyGear, produk minyak wangi tajaan BB7, kasut sukan tajaan AY Sports dan juga perapi rambut tajaan Major Pomade.
Manakala bagi Liga Premier pula, sebuah Trofi dan sebingkai gambar sumbangan asiana.my , wang tunai berjumlah RM500 sumbangan 139associates dan MK, jersi tajaan PaddyGear, produk minyak wangi tajaan BB7, kasut sukan tajaan AY Sports dan juga perapi rambut tajaan Major Pomade menanti pemenang.
Calon Pemain Terbaik Liga Super Bulan Februari 2018
1) Rufino Segovia (Selangor)
Lima gol dalam empat perlawanan awal membuktikan Segovia sememangnya berhak untuk terus kekal bersama Selangor musim ini. Pemain ini menjaringkan dua gol dalam memastikan kemenangan ke atas Kuala Lumpur 2-0 dan Melaka United 4-1.
2) Mahali Jasuli (PKNS FC)
Mahali Jasuli membuktikan nilai dirinya kepada Datuk K. Rajagobal dengan memberi impak segera walaupun bermula dari bangku simpanan. Ketika menentang Pahang, sepakan sudut Mahali menemui Safee Sali untuk memberikan gol tunggal perlawanan.
Bertemu Perak, kemahiran set-piece beliau sekali lagi menghadiahkan gol. Apabila beliau akhirnya diberi peluang bermain kesebelasan utama, Mahali membalas kepercayaan Rajagobal dengan menjaringkan 2 gol ketika kekalahan 3-4 kepada Kedah.
Bertemu Perak, kemahiran set-piece beliau sekali lagi menghadiahkan gol. Apabila beliau akhirnya diberi peluang bermain kesebelasan utama, Mahali membalas kepercayaan Rajagobal dengan menjaringkan 2 gol ketika kekalahan 3-4 kepada Kedah.
3) Tchetche Kipre (Terengganu)
Kualiti Kipre Tchetche terbukti apabila beliau pernah terpilih sebagai pemain terbaik Liga Premier edisi September 2017 . Kini di Liga Super, penyerang ini tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan prestasi sama dengan menjaringkan 4 gol dan menyumbang 2 assist dalam 4 perlawanan.
4) Natxo Insa (JDT)
Harus diakui bahawa Natx0 Insa adalah nadi kekuatan permainan skuad Harimau Selatan yang kini menerajui takhta Liga Super. Selain dua gol yang dihasilkannya, pemain tengah ini juga adalah perancang kepada gerakan gol JDT malah berupaya untuk mengawal tempo permainan.
5) Do Dong Hyun (Kelantan)
Do Dong Hyun menjaringkan empat gol dalam empat perlawanan Liga Super sepanjang Februari.
Ayuh! muktamadkan Pemain Terbaik Bulanan Liga Super PFAM-asiana.my Februari 2018 di http://pfam.my/superfeb18/
Sumber: Semuanya Bola , PFA Malaysia
0 Comments for "Undi Pemain Terbaik Liga Super 2018 - Edisi Februari"