Blog Bola Sepak Malaysia

Skuad Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010 - Di Mana Mereka Sekarang ?

Pasukan Malaysia merupakan juara Piala AFF Suzuki 2010. Selepas tamatnya kejohanan inilah yang membuatkan penyokong Malaysia semakin ramai kembali mengambil tahu semula kewujudan skuad bola sepak negara. Beberapa pemain menjadi popular selepas kejohanan itu. Mari kita imbas kembali pemain pemain tersebut dan dimanakah mereka beraksi sekarang ?

Khairul Fahmi Che Mat
khairul fahmi apek
Foto: Utusan
Lebih dikenali sebagai 'Apek'. Beliau mula terkenal oleh peminat bola sepak Malaysia juga di Asia Tenggara selepas cemerlang menjaga gawang pada saingan Piala AFF Suzuki 2010 ini. 

Memulakan karier bersama pasukan Piala Presiden Kelantan seterusnya bersama Harimau Muda. Kini terus setia bersama pasukan Kelantan 

Asraruddin Putra Omar
Foto: Johorsoutherntigers
Pemain ini menjadi sebahagian daripada pasukan Malaysia yang muncul juara Piala AFF Suzuki edisi 2010 lalu. Tidak cukup dengan itu, pemain ini juga menjadi sebahagian ketika Harimau Muda memenangi pingat emas Sukan SEA pada tahun berikutnya.

Kini, Asra menjadi ejen bebas tanpa sebarang kelab. Beliau mengusahakan kedai gunting rambut yang diberi nama Piratas Barber Shop di Puncak Alam. Hal ini amat disayangkan kerana pemain yang dulu mendapat peluang untuk bermain di Eropah, namun kini menjadi ejen bebas. Semoga Asra akan menemui pasukan yang mahu mengambil khidmat beliau dalam masa terdekat.

Fadhli Shas
Selepas beraksi bersama pasukan Harimau Muda di Liga Singapura, Fadhli ditawarkan bersama pasukan JDT. Sejak dua tahun kebelakangan ini dia menjadi pilihan jurulatih JDT di dalam kesebelasan utama.

Muslim Ahmad
Kini beraksi bersama pasukan Pahang. Mungkin antara pemain yang disukai oleh jurulatih Dollah Salleh kerana Dollah sering membawanya beraksi bersama pasukan yang dibimbingnya.

Mahali Jasuli
Foto: Stadiumastro
Pada saingan musim ini Mahali dipinjamkan dari pasukan JDT ke pasukan PKNS. Bergabung semula bersama antara jurulatih yang banyak menaikkan namanya K.Rajagopal di PKNS. Mungkin lebih peluang untuk Mahali meraih masa permainan lebih tinggi bagi saingan musim ini.

S.Kunanlan
Pemain yang menggunakan kelajuan dan staminanya untuk mengatasi lawan. Masih kekal beraksi bersama pasukan JDT. Juga salah seorang tonggak penting bagi pasukannya.

Safiq Rahim
Pada bulan Julai 2016 , beliau mengumumkan persaraannya daripada skuad kebangsaan bersama 3 rakannya yang lain.Keputusannya ini telah mengejutkan ramai pihak terutamanya peminat sukan bola sepak. 

Tetapi Safiq telahpun kembali dari persaraan. Dijangka akan terus dipanggil ke dalam skuad kebangsaan. Merupakan kapten pasukan JDT kini.

Safee Sali
Safee Sali 2018
Foto: Goal.com
Merupakan penjaring terbanyak pada saingan Piala AFF Suzuki 2010. Safee dikenali sebagai penyerang terbaik Malaysia semasa generasinya dan juga dibandingkan dengan legenda Allahyarham Mokhtar Dahari. Kini beraksi bersama pasukan PKNS.

Norshahrul Idlan
Juga dikenali sebagai Matyo. Norshahrul kini beraksi di bawah kendalian Dollah Salleh bersama pasukan Pahang.

Amri Yahyah
amri yahya 2018
Foto: AFP/Getty Images
Bermula bersama Selangor ke JDT dan kembali ke Selangor. Amri merupakan antara pemain terbanyak yang melakukan penampilan bersama skuad Selangor. 

Antara pemain yang konsisten menyumbang jaringan sewaktu Malaysia menentang kelab kelab luar. Sebagai contoh jaringan ketika menentang Manchester United dan Barcelona pasti masih diingati peminat bola sepak tempatan.


0 Comments for "Skuad Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010 - Di Mana Mereka Sekarang ?"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top