Blog Bola Sepak Malaysia

5 Pemain Import Terbaik Liga Super 2018 Setakat Perlawanan Ke-3

Saingan unifi Liga Super Malaysia musim 2018 dimeriahkan dengan kehadiran pemain pemain import seperti saingan musim musim sebelum ini. Ada diantara mereka yang cemerlang bersama pasukan masing masing tidak kurang yang gagal memberikan aksi terbaik.

Di artikel ini BloggerBolaMalaysia akan menyenaraikan 5 pemain import terbaik Liga Super 2018 setakat perlawanan ke - 3.

Rufino Segovia Selangor
Sumber Foto: BBXpress
1. Rufino Segovia (Selangor)
Pemain import pasukan Selangor ini merupakan pendahulu penjaring terbanyak Liga Super setakat ini. Dengan jumlah jaringan 4 gol telah membantu pasukan Selangor berada di kedudukan ketiga setakat perlawanan ketiga.


Kipre Tchetche Terengganu
Sumber Foto: Razzi Harun
2. Kipre Tchetche (Terengganu)
Pemain kelahiran Ivory Coast ini digelar 'Sadio Mane Terengganu' oleh segelintir penyokong pasukan itu. Pemain ini sangat berbahaya jika dibiarkan di dalam kawasan kotak penalti lawan dan dijangkakan merupakan salah satu calon yang akan bersaing merebut kasut emas Liga Super musim ini.


Sumber Foto: Penyokong Bola Sepak Melaka
3. Yahor Zubovich (Melaka United)
Mempunyai rekod jaringan yang baik bersama pasukan sebelum ini sebelum menyertai pasukan Melaka United. Juga diramalkan akan menghasilkan gol yang banyak bagi pasukannya musim ini.


Evan Dimas Selangor
Sumber Foto: Facebook FA Selangor
4.Evan Dimas (Selangor)
Kawalan bola yang kemas yang boleh dikategorikan kawalan berkelas dunia menjadikan Evan Dimas menjadi pilihan kami. Ketika kami melihat aksinya secara langsung di stadium, kami merasakan pelaburan pasukan Selangor keatas pemain ini sangat berbaloi kerana aksi aksinya yang seakan pemain tengah kelahiran Eropah.


Lee Tuck Terengganu
Sumber Foto: Facebook Terengganu Football Club
5. Lee Tuck (Terengganu)
Pemain yang memulakan karier pemain bola sepak bersama pasukan divisyen bawahan Liga Inggeris sebelum berhijrah mencipta nama di liga liga Asia Tenggara.

Telah menjaringkan 2 gol yang sangat menarik pada perlawanan ketiga pasukan Terengganu menentang Selangor. Pemain yang sangat rajin berada di serata padang. Kami merasakan Lee Tuck merupakan pemain import terbaik keseluruhan setakat perlawanan Liga Super 2018 ketiga.

Nota : Senarai ini ialah pemilihan kami sendiri. Ini bukan penilaian profesional. Terima kasih kerana membaca artikel ini.

0 Comments for "5 Pemain Import Terbaik Liga Super 2018 Setakat Perlawanan Ke-3"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top