Blog Bola Sepak Malaysia

Cara Beli Tiket Liga Super Malaysia Online Di 7-Eleven

Anda tinggal berjauhan dari stadium? Malas beratur panjang? Ribuan tiket bola kini hanya di smartphone anda sahaja. www.stubapp.com ada menawarkan pembayaran tiket di 7-Eleven. 
PERTANYAAN SOALAN LAZIM (FAQ) untuk Stubapp

Bagaimana untuk membeli tiket perlawanan atau acara di Stubapp?
Anda boleh membeli apa-apa tiket perlawanan atau acara yang berdaftar dengan menekan butang “BELI” di laman web www.stubapp.com atau aplikasi mobile Stubapp.


Bilakah jualan tiket bermula?
Tarikh penjualan tiket akan dipaparkan untuk setiap acara atau perlawanan. Laman web akan memaparkan butang “BELI TIKET” untuk jualan tiket acara atau perlawanan yang dibuka.
Bagaimana untuk membuat pembayaran?
Kami menawarkan pembayaran melalui Perbankan Internet, Kad Kredit/Debit dan pembayaran secara Tunai.
Perbankan Internet boleh dibuat melalui MAYBANK2U, CIMBCLICKS, RHBNOW, AMONLINE, HONG LEONG CONNECT, BANK ISLAM, ALLIANCE ONLINE, PBEBANK and FPX. Pembayaran secara tunai pula boleh dibuat di 7-Eleven melalui MOLPAY Cash atau di Mesra Petronas melalui E-Pay. Pembayaran melalui kredit kad atau debit kad VISA/MASTERCARD juga di terima.
Bagaimana untuk mengetahui pembelian tiket telah berjaya?
Setelah tempahan tiket dan pembayaran dibuat, salinan elektronik tiket kod QR akan di hantar pada email yang anda daftarkan dan juga boleh log masuk ke laman web atau applikasi mobile Stubapp anda dan klik menu "Tiket Saya". Sila pastikan emel yang diberikan adalah tepat dan berfungsi.
Apa yang perlu dilakukan sekiranya tidak menerima elektronik tiket kod QR?
Sila semak Inbox/Junk/Spam emel anda. Sekiranya anda masih tidak menerima elektronik tiket selepas 1 jam, sila hubungi kami di support@stubapp.com atau talian bantuan +6013-4076679.
 Bagaimana untuk menebus tiket yang dibeli online untuk Stadium bersistem tanpa tiket (ticketless)?
Tiada penebusan tiket di kaunter yang perlu dilakukan. Anda hanya terus ke Pintu Masuk khas sistem tanpa tiket yang di pilih ketika pembelian dan tertera pada tiket anda. Sila kemukakan elektronik tiket kod QR anda kepada penjaga laluan. Pastikan kod QR anda jelas dan nyata. Sila kemukakan kad pengenalan pemegang tiket sekiranya di minta oleh penjaga laluan.
Saya tidak membawa elektronik tiket kod QR dan tiada butiran kad pengenalan pembeli tiket. Bolehkah saya masuk ke tempat acara atau stadium?
Kemasukan ke stadium WAJIB menggunakan kod QR. Sekiranya tiada butiran tersebut, kemasukan ke stadium tidak dibenarkan sama sekali.
Bilakah masa pintu masuk dibuka?
Tarikh, masa dan pintu masuk akan dinyatakan dalam butiran elektronik tiket kod QR anda.Secara amnya, pintu laluan tiket online Stubapp dibuka pada hari perlawanan bermula seawal 2 jam sebelum perlawanan bermula. Walau bagaimanapun, sila semak pengumuman dari kami dari semasa ke semasa.
Mengapa caj transaksi dan caj pengendalian di kenakan?
Stubapp menyediakan platform yang selamat, mudah dan pantas untuk pembelian tiket perlawanan. Caj yang dikenakan adalah termasuk caj dari gerbang pembayaran, caj bank, penyediaan infrastruktur dan fasiliti, tenaga kerja dan server.
Adakah tiket yang di beli online boleh dipulangkan semula?
Setelah tempahan tiket dan pembayaran dibuat, tiada pembatalan atau pemulangan wang dibenarkan tanpa prejudis dan tiket tidak boleh dipindah hakmilik. Sila rujuk terma dan syarat laman web untuk maklumat lanjut.
Bagaimana sekiranya tiket hilang?
Harap maaf, tiket yang di beli adalah di bawah tanggungjawab anda sepenuhnya.
Saya tidak dapat hadir ke stadium kerana tarikh, masa atau tempat perlawanan telah diubah. Bolehkah saya mendapat pulangan wang?
Segala perubahan perlawanan adalah sepenuhnya diluar kuasa kawalan kami. Kami tidak dapat menawarkan pemulangan wang.
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya terdapat kesalahan info yang didaftarkan ketika tempahan tiket dibuat?
Sila hantarkan permohonan anda ke emel support@stubapp.com. Nyatakan nombor tempahan, kad pengenalan, jenis & jumlah tiket anda dan informasi lain yang berkenaan dan nyatakan pembetulan. Pihak kami akan membuat semakan dan menghantar elektronik tiket yang baru sekiranya permohonon di sahkan tulen dan wajar.
Apakah kategori umur untuk pembelian tiket?
Setiap tempat acara atau stadium mempunyai peraturan yang berbeza. Kategori umur untuk pembelian tiket dinyatakan pada butiran info acara. Secara amnya untuk perlawanan bola sepak, kemasukan ke stadium adalah percuma untuk kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah.
Nota:
*Pemindahan, pertukaran atau penyalinan tiket secara haram sama ada secara fizikal atau elektronik akan menyebabkan tiket anda tidak sah dan terbatal.
Lawati www.stubapp.com untuk menempah tiket anda sekarang.
2 Comments for "Cara Beli Tiket Liga Super Malaysia Online Di 7-Eleven "

Jemput rezeki anda di Prediksi Toto Macau Terbaik, Terpercaya dan Teraman!
4D (4angka) 1000 bayar 9jt
3D (3angka) 1000 bayar 900rb
2D (2angka) 1000 bayar 95rb
Whatsapp : +6281263102766
Dengan minimal bet 100perak saja dapatkan diskon full bolak - balik sepuasnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top