Blog Bola Sepak Malaysia

Thailand, Indonesia Antara 6 Pasukan Berminat Bertemu Malaysia

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, memberi jaminan bahawa beberapa aksi persahabatan antarabangsa akan dirangka buat skuad negara pada September dan Oktober nanti.


Skuad Malaysia 2016
Kredit Gambar - Facebook FAM


Bagi Hamidin, ia penting buat barisan negara meneruskan momentum yang konsisten menjelang Piala Suzuki AFF hujung tahun ini.

"Setakat ini, ada enam pasukan yang ingin bermain dengan kami, iaitu Thailand, Singapura, Indonesia, Afghanistan, Myanmar dan Hong Kong. Jadi, kami akan lihat berapa kali kami dapat bermain dalam tempoh September dan Oktober ini," kata Hamidin yang juga pengurus pasukan kebangsaan.

Jelajah skuad kebangsaan ke Oceania bermula dengan menentang Papua New Guinea pada 17 Jun dan akan berakhir 27 Jun menerusi perlawanan menentang Fiji.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee meneruskan rentak kemenangan dalam pertemuan kedua play-off Kelayakan Piala Asia 2019 apabila menewaskan Timor Leste 3-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi untuk mara dengan agregat 6-0.

Sumber

0 Comments for "Thailand, Indonesia Antara 6 Pasukan Berminat Bertemu Malaysia"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top