Blog Bola Sepak Malaysia

Biodata Azrif Nasrulhaq


Biodata Azrif Nasrulhaq

Nama Penuh : Mohd Azrif Nasrulhaq Bin Badrul Hisham
Tarikh Lahir : 27 Mei 1991
Tempat Lahir : Kota Damansara, Selangor
Tinggi : 166 m
Berat : 66 kg
Pasukan Sebelum : PKNS, Harimau Muda

Kelebihan
- larian overlapping
- pertahanan yang mempunyai shooting yang baik

Ringkas Mengenai Azrif Nasrulhaq
Azrif memulakan karier bola sepak secara serius sejak 2010 ketika berusia 18 tahun bersama pasukan PKNS. Nama Azrif dan bakatnya semakin menarik perhatian selepas beraksi cemerlang bersama skuad SUKMA Selangor pada 2011.

Aksinya yang terus cemerlang bersama PKNS membuatkan dia telah menarik minat barisan kejurulatihan pasukan Harimau Muda untuk menyenaraikan nama Azrif dalam pasukan Harimau Muda.

Selepas dilepaskan Harimau Muda atas sebab had umur, Azrif menyertai skuad Selangor. Aksinya yang konsisten membuatkan dia menjadi pilihan utama untuk beraksi di posisi bek kanan pasukan Selangor.

Azrif juga kini namanya sudah mencelah masuk ke dalam skuad kebangsaan pada tahun ini. Mengikut pemerhatian admin beliau merupakan pilihan terbaik bagi posisi bek kanan skuad kebangsaan berdasarkan prestasi semasa yang ditunjukkan (S.Kunanlan juga boleh dipertimbangkan).

Semoga Azrif Nasrulhaq terus sukses.

0 Comments for "Biodata Azrif Nasrulhaq"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top