Blog Bola Sepak Malaysia

3 Pemain Import Yang Boleh Dipertimbangkan Beraksi Bersama Skuad Kebangsaan

Sejurus selesainya perlawanan persahabatan FIFA kelas A, Malaysia vs Myanmar pada Sabtu lalu ramai peminat bola sepak Malaysia rata ratanya kecewa dengan persembahan yang ditunjukkan skuad bimbingan Ong Kim Swee itu.

Antara komen yang kami dapati di media sosial sejurus perlawanan berakhir seperti:

"Malaysia takde striker ke"
"Kenapa main di liga power tapi main negara serupa budak sekolah"

Kami tertarik dan ingin mengulas dari satu komen yang kami telah baca:

"Ambik xxx xxx  dan xxx import main Malaysia, bagi diorang ic"

xxx yang dimaksudkan beliau ialah nama pemain import yang beraksi di Liga Malaysia.

Cadangan beliau yang jelas ingin adanya pemain mat saleh atau awang hitam untuk beraksi bersama pasukan Malaysia ada rasionalnya. 

Di Liga Malaysia sebenarnya juga kelab/pasukan sudah mempunyai pemain naturalisasi seperti:

Sam Somerville, Curran Ferns, Stuart Wark di JDT, Mendiang Stefan Petrovski pernah bersama Melaka, Kevin Gunter dan Daniel Ting di Negeri Sembilan. 

Brendan Gan, Junior Eldstal, Matthew Davies yang sudah tidak asing bagi peminat Liga Malaysia.
Pemain yang baru beraksi bersama skuad kebangsaan, Khair Jones. Juga dikhabarkan Darren Lok penyerang kelahiran Inggeris bakal mendapat passport untuk layak beraksi bersama skuad Malaysia tidak lama lagi.

Syarat untuk menaturalisasikan pemain mengikut peraturan FIFA

1) pemain telah tinggal di negara selama 5 tahun berturut-turut setelah berumur 18 tahun.
2) ibu/ayah/nenek/datuk pemain asing lahir di Malaysia

Di artikel ini admin ingin menilih pemain import tiada darah Malaysia yang boleh dipertimbangkan untuk beraksi bersama skuad kebangsaan

1) Dickson Nwakaeme (Boleh bermain pada tahun 2018) (Usia sekarang 30)
Dickson Nwakaeme

Dikcson Nwakaeme memerlukan 2 tahun lagi mengikut peraturan FIFA barulah dia layak untuk bermain bersama pasukan Malaysia. Semangat dan minat beliau untuk mewakali Malaysia amat tinggi sehingga dia telah menghafal lirik lagu Negaraku. Dickson mempunyai kekuatan fizikal dan boleh hold bola dengan masa yang agak lama. Malangnya jika sudah layak beraksi sekalipun mungkin khidmatnya tidak diperlukan lama atas faktor usianya.


2) Gabriel Guerra (Boleh bermain pada 2019) (Usia sekarang 23)
Gabriel Guerra

Gabriel Guerra merupakan pemain PKNS FC. Pemain yang boleh bermain di posisi attacking midfielder dan penyerang ini merupakan penjaring terbanyak semasa Liga Premier ketika ini. Walaupun hanya berasksi di Liga Premier, Gabriel Guerra merupakan bekas pemain kelab terkenal Argentina, Boca Juniors.


3) Jorge Pereyra Diaz (Boleh bermain pada 2019) (Usia sekarang 25)
Jorge Pereyra Diaz

Penyerang kelahiran Argentina ini merupakan pilihan favorite admin. Dengan aksinya yang konsisten memburu gol dan banyak sumbangan assist kepada rakan sepasukan lain, Diaz semestinya pilihan yang terbaik berdasarkan prestasi semasa.

Antara pemain import lain yang boleh dipertimbangkan ialah seperti Marcos Antonio (JDT), Thiago Aquino (Perak), Paulo Rangel (JDT II) namun terpaksa dilupakan atas faktor usia.

Liridon Krasniqi (Kedah), Issey Nakajima (Terengganu), Zah Rahan (FELDA) pula juga tidak dimasukkan kerana atas sebab sudah mempunyai caps bersama negara lain.

Antara sebab sebab perlunya "mengimport" atau wajarnya melakukan dasar naturalisasi pada skuad kebangsaan untuk kemajuan pasukan ialah kerana:

1) Menerima hakikat skuad kebangsaan kurangnya finishing untuk menghasilkan gol. (Perlukan seorang naturalisasi posisi offensive)

2) Menaikkan ranking negara. Penting kerana ranking menentukan seeding kedudukan undian kejohanan penting seperti undian Piala Dunia. 

3) Ranking negara Asia Timur (Malaysia di zon ini mengikut AFC) untuk top 6 akan layak secara automatik ke AFC Champions League. Ini pastinya penting untuk pasukan seperti JDT untuk membawa nama negara di kejohanan kelab tertinggi Asia.

4) Negara Jepun, Sepanyol juga pernah menaturalisasi pemain dan kini Timor Leste negara yang akan  skuad Malaysia temui pada playoff  Piala Asia juga mempunyai pemain naturalisasi.

Oleh sebab itu, mengapa kita tidak mencuba?? untuk tempoh jangka pendek pun sudah memadai.. Untuk tempoh jangka panjang kita wajar mendoakan budak budak NFDP dapat menujukkan taring Harimau Malaysia yang sebenar kelak..

p/s: anda mempunyai cadangan pemain? sila nyatakan diruangan komen.

0 Comments for "3 Pemain Import Yang Boleh Dipertimbangkan Beraksi Bersama Skuad Kebangsaan"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top