Blog Bola Sepak Malaysia

3 Pemain Terbaik Malaysia Piala AFF Suzuki 2016

Perjalanan Malaysia dalam kejohanan Piala AFF Suzuki 2016 telahpun berakhir selepas tewas dalam perlawanan bertemu Myanmar dengan jaringan 1-0.

Skuad Malaysia tampil dalam kejohanan ini dengan beberapa muka baru selepas persaraan oleh beberapa tonggak utama. Tidak lupa kecederaan pemain seperti Brendan Gan telah merencatkan lagi percaturan Ong Kim Swee.

Pada artikel ini kami memilih 3 orang pemain Malaysia yang memberikan aksi yang terbaik dalam saingan Piala AFF untuk anda

Khairul Fahmi Che Mat


Pemilihan Khairul Fahmi oleh BloggerBolaMalaysia ialah kerana merasakan tanpa Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apex di gawang gol pasukan negara mungkin pasukan negara akan bolos lebih.

Apex telah menyelamatkan banyak cubaan cubaan dari pemain lawan yang dikatakan akan gol jika dia tidak menyelamatkan bola tersebut. Kami juga berpendapat Khairul Fahmi merupakan pemain paling terbaik Malaysia bagi edisi Piala AFF 2016 ini.


Ronny Harun


Ronny Harun pada mulanya mungkin merupakan pilihan akhir Ong Kim Swee bagi posisi pertahanan tengah mengenepikan Shahrom Kalam, Khairul Helmi, Fadhli Shas.

Namun selepas aksi yang cemerlang walaupun Malaysia bolos bertemu Vietnam, Ronny juga telah dipilih dalam aksi terakhir bertemu Myanmar. Dalam perlawanan yang dia diturunkan, Ronny banyak membantu dengan membuat 'tackles' dan 'interception' penting sekaligus mematahkan serangan pasukan lawan

Rizal Ghazali


Rizal Ghazali mempamerkan aksi seperti aksinya bersama skuad Kedah dengan rajin melakukan 'overlapping' bagi membantu serangan pasukan Harimau Malaya.

Malang sekali apabila Malaysia tersingkir dari Piala AFF 2016 seawal peringkat kumpulan. Jika mara lebih jauh mungkin Rizal serta pemain lain juga akan diintai pasukan pasukan kelab terutamanya dari Liga Thailand yang mempunyai syarat baru kuota pemain import.


* Tahniah buat semua pemain pemain yang dipanggil menyertai skuad negara dan tidak menolaknya untuk bermain demi negara. Semoga pasukan negara akan tampil dengan lebih garang pada saingan Piala AFF 2018!

0 Comments for "3 Pemain Terbaik Malaysia Piala AFF Suzuki 2016"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top