Blog Bola Sepak Malaysia

Biodata Liridon Krasniqi


Liridon Krasniqi Kedah
LIRIDON KRASNIQI
Nama pemain import Kedah, Liridon Krasniqi atau lebih dikenali sebagai 'Mat Don' oleh segelintir penyokong Kedah semakin disebut oleh peminat bola sepak tempatan sejak kebelakangan ini. Mari kita mengenali dengan lebih lanjut tentang pemain ini.

Biodata Liridon Krasniqi

Posisi : Tengah
Tarikh Lahir : 1 Januari 1992
Tempat Lahir : Vitina, Albania
Tinggi : 188 m

Beliau mempunyai rekod bermain dengan kelab di Jerman pada peringkat pembangunan. Karier profesional Liridon Krasniqi bermula bersama pasukan Liga Republik Czech, Mlada Boleslav pada tahun 2011.

Liridon Krasniqi import kedah
Liridon sewaktu remaja bersama kelab di Jerman, FC Nurnberg
Seterusnya beliau beraksi di Liga utama Turki dan akhirnya pada satu ketika dia telah mengalami kecederaan yang agak teruk. Setelah tidak beraksi selama 8 bulan pasukan Kedah menjadi pasukan pertama beliau.

Sejak kehadiran beliau pada April 2015, ternyata Kedah menjadi destinasi yang tepat buat Liridon kerana telah melonjakkan namanya dan pasukan Kedah sendiri.

Antara aksi menarik dari Liridon
Krasniqi memberitahu, pintu hatinya telah tertutup untuk beraksi dengan kelab lain selain dari Eropah kerana pernah ditipu sebanyak dua kali oleh ejen pemain ketika di Turki.
"Pengalaman itu membuatkan saya ingin berhenti untuk bermain bola lagi, tetapi Allah swt telah membawa saya ke Kedah untuk mencari rezeki di sini sehingga kami menjuarai Liga Premier musim lalu." jelasnya
Tragedi kucing membuang baja percuma di padang Stadium Darul Aman pada liga musim 2015 



Pada perlawanan itu seekor kucing telah membuang najis diatas padang. Liridon tanpa ragu mengambil plastik dan membuang sendiri najis itu ke tepi padang. 
Mungkin ini jelas menunjukkan selain mempunyai skill bola sepak yang tinggi, beliau juga mempunyai ciri bertanggungjawab yang tinggi. Respect Liridon Krasniqi !!

3 Comments for "Biodata Liridon Krasniqi"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top