Blog Bola Malaysia

Biodata Rizal Ghazali

Biodata Rizal Ghazali

Biodata Rizal Ghazali. Nama Rizal Ghazali semakin dikenali oleh peminat bola sepak di Malaysia selepas aksi cemerlangnya ketika perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 Kedah vs Selangor tempoh hari. Namun itu bukanlah aksi cemerlang pertamanya kerana Rizal Ghazali pada musim 2016 aksinya sememangnya konsisten menjadikan beliau pilihan utama Tan Cheong Hoe di posisi bek kanan.

Biodata Rizal Ghazali
Nama penuh : Mohd Rizal Bin Mohd Ghazali
Asal : Baling,Kedah
Umur : 24 tahun (usia 2016)
Tinggi : 170 cm
Berat : 66 kg
Pasukan Semasa (2016) : Kedah
Pasukan Terdahulu : Perlis

Kelebihan
- larian pantas di sebelah kanan
- rajin membuat overlapping


Rizal Ghazali Kedah
Jaringan penalti terakhir Rizal membawa kemenangan pasukan Kedah

Ringkas Mengenai Rizal Ghazali
Memulakan karier pada usia muda bersama pasukan Perlis kerana tidak mendapat peluang bersama Kedah disebabkan pasukan Kedah mempunyai ramai bakat muda ketika itu. Pada tahun 2014 barulah dia telah menerima tawaran dari pasukan negeri asalnya itu.

Rizal lebih mesra dengan panggilan "Jai" merupakan seorang utility player yang boleh beraksi di pelbagai posisi. Ketika di Perlis Rizal merupakan seorang penyerang.

Pada awalnya posisi Rizal Ghazali di Kedah beliau sering bermain di posisi sayap. Pada suatu ketika, jurulatih sementara Kedah, Ramon Marcote telah mencubanya di posisi pertahanan kanan kerana Ramon merasakan Rizal lebih sesuai di posisi itu.

Ramon Marcote jurulatih sementara ketika Piala Malaysia 2015
Ternyata langkah Ramon Marcote itu sangat tepat kerana hasil itu menjadikan Rizal Ghazali salah seorang pertahanan kanan antara yang terbaik di Malaysia ketika ini.

Semoga Rizal Ghazali terus sukses!


0 Comments for "Biodata Rizal Ghazali"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top