Blog Bola Sepak Malaysia

5 Pemain Import Terbaik Pusingan Pertama Liga Super

Pusingan pertama Liga Super Malaysia telah tamat pada 18 Mei yang lalu. Di artikel ini BloggerBolaMalaysia menyenaraikan 5 pemain import terbaik untuk pusingan pertama Liga Super.

Juan Martin Lucero (Johor Darul Takzim)

Juan Martin Lucero JDT 2016
kredit foto : utusan


Pada awalnya kehadiran Lucero ke pasukan Johor Darul Takzim agak membimbangkan penyokong pasukan Harimau Selatan kerana aksinya yang kurang memberangsangkan.

Pemain yang dibeli dari Independiente dengan harga $ 1.4 Juta ini bagaimanapun semakin lama di JDT semakin menunjukkan taringnya apabila telah mencetak 10 gol di dalam Liga Super setakat artikel ini ditulis.


Liridon Krasniqi (Kedah)


Liridon Krasniqi Kedah 2016
kredit foto : hmetro

Anda bukan peminat Liga Malaysia jika tidak mengenali Liridon Krasniqi.

Liridon pemain import Kedah kelahiran Kosovo ini antara pemain import yang mempamerkan aksi konsisten setiap perlawanan ketika dia diturunkan.

Sering mempamerkan skill kemahiran mengawal bola berkelas dunia membuatkan penyokong yang berada di Stadium Darul Aman terhibur dengan aksinya.


Makan Konate (T-Team)


Makan Konate TTeam 2016


Makan Konate namanya kurang popular tetapi jika tersalah sebut bakal membawa padah terutama bagi kaum wanita.

Bekas pemain Persib Bandung di Liga Indonesia ini kelibatnya tidak dapat kita lihat di televisyen kerana pasukan T-Team tidak mendapat slot siaran langsung setakat ini.

BloggerBolaMalaysia pernah menyaksikan aksinya live di stadium. Pemain ini mempunyai kelajuan, stamina tinggi dan kemampuan untuk menjaringkan gol.

Aksi cemerlang Makan Konate membuatkan timbulnya gosip dia bakal dipindahkan dari T-Team ke pasukan Terengganu pada perpindahan kedua nanti.


Jorge Pereyra Diaz (Johor Darul Takzim)


Jorge Pereyra Diaz JDT 2016
kredit foto : espn

Diaz merupakan watak penting bagi pasukan JDT. Setakat ini beliau sudah meledak 8 gol dalam saingan Liga Super.

Walaupun kadangkala menimbulkan kontroversi dengan aksi lakonannya apabila dibentes pemain lawan, Diaz di JDT mungkin bakal menjadi lagenda di pasukan tereebut jika dia setia beraksi untuk JDT.

Francis Forkey Doe (Felda United)


Forkey Doe Felda 2016
kredit foto : espn

Pada awal musim, Forkey Doe tiada pasukan kerana pasukan Negeri Sembilan telah menyingkirkannya untuk mengambil pemain import baru.

Kebijaksanaan Irfan Bakti memilih pemain untuk skuadnya memang tidak dapat dinafikan. Dia telah memilih Forkey Doe untuk Felda United bagi menggantikan Thiago Fernandes yang cedera.

Forkey Doe tidak menunggu masa yang lama untuk membuktikan dia setaraf dan mungkin lebih baik dari Thiago apabila menjaringkan gol dalam majoriti perlawanan dengan jumlah setakat ini sebanyak 10 gol.


Nota : Senarai ini ialah pemilihan kami sendiri. Ini bukan penilaian profesional. Terima kasih kerana membaca artikel ini.


0 Comments for "5 Pemain Import Terbaik Pusingan Pertama Liga Super"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top