Blog Bola Sepak Malaysia

5 Pemain Import Kitar Semula Tetapi Dijangka Tetap Menyengat

5 Pemain Import Kitar Semula Tetapi Dijangka Tetap Menyengat. Pemain import kitar semula ? Apa itu ? Kami bermaksud import kitar semula ini ialah pemain import yang kembali beraksi bersama pasukan lama atau berhijrah dari satu pasukan Liga Malaysia ke satu pasukan Liga Malaysia yang lain.

Lee Tuck
Lee Tuck ketika bersama Negeri Sembilan
Pertama kali beraksi di saingan Liga Malaysia bersama pasukan Negeri Sembilan pada tahun 2017. Entah bagaimana pasukan N.Sembilan boleh melepaskan pemain sebegini rupa. Di bawah kendalian Irfan Bakti, Lee Tuck walaupun baru beraksi dalam hanya 3 perlawanan beliau telah berjaya mencipta beberapa bantuan gol dan juga jaringan yang menarik pada perlawanan ketiga menentang Selangor yang lalu.


Robert Cornthwaite
Robert ketika bersama Selangor
Pertahanan berketinggian 195 meter mengikut sumber dari Wikipedia. Memulakan karier di Liga Australia sebelum beraksi di Malaysia bersama pasukan Selangor. Selepas itu, beliau kembali ke Australia dan pada tahun ini kembali semula  ke Malaysia bersama pasukan Perak di bawah kendalian jurulatih negara kelahirannya Australia, Mehmet Durakovic. Berkelebihan dari segi fizikal memberi kelebihan buat pasukan Perak ketika menentang pasukan yang menggunakan taktikal bola lambung.


Francis Doe
Forkey Doe ketika bersama Felda United
Dari Terengganu ke Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan, Felda United, Selangor dan tahun ini dengan kejutan perpindahan minit akhir ke pasukan Pahang. Perlawanan pertama bersama Pahang sudah menjaringkan gol. Dijangka menjadi mesin gol buat Pahang.


Mohammed Ghaddar
Ghaddar beraksi bersama Felda 2014
Sudah beberapa kali keluar masuk keluar masuk ke pasukan Kelantan. Tahun ini berlakunya perpindahan mengejutkan di saat saat akhir sebelum pintu perpindahan Liga Malaysia ditutup. Ghaddar yang style permainannya mengutip bola dari bawah dan menggelecek keseorangan ke pintu gol ini pasti akan menjadi perhatian pemain pertahanan pasukan lawan seperti musim sebelum sebelum ini.


Jorge Pereyra Diaz
Foto: Facebook JST
Mula beraksi bersama pasukan JDT dari tahun 2014. Berhijrah ke saingan Liga Mexico pada musim lalu. Diaz kembali dengan watak yang lebih matang pada saingan musim ini. Jika beliau terus konsisten pastinya Diaz akan dikenang sebagai lagenda pasukan JDT pada satu masa kelak.


0 Comments for "5 Pemain Import Kitar Semula Tetapi Dijangka Tetap Menyengat"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top