Blog Bola Sepak Malaysia

Jawapan Kepada Sumareh Didaftarkan Sebagai Pemain Tempatan

Foto: Facebook Pahang FA
Pemain import Pahang, Mohamadou Sumareh menepis dakwaan berhubung isu dia mendapat kerakyatan Malaysia seperti yang tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu.
Sebaliknya, pemain berasal dari Gambia itu menjelaskan bahawa perkara itu tidak benar kerana ia adalah gambar lama ketika bersama peminat.
Sejak beberapa hari lalu, status Sumareh menjadi perhatian di laman sosial apabila dia dikatakan berada di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Berikutan itu, ramai netizen menganggap pemain berumur 24 tahun itu mendapat kerakyatan Malaysia.
Musim lalu, khabar mengenai perkara sama heboh diperkatakan apatah lagi keluarga Sumareh sudah lama menetap di negara ini.
Musim ini, selain Sumareh, Pahang turut menyenaraikan empat lagi pemain import iaitu Forkey Doe dari Liberia, Chan Vathanaka (Kemboja), Alex Gomes (Brazil) dan Safuwan Baharudin (Singapura).
Selepas tiga perlawanan, Sumareh sudah menjaringkan satu gol ketika skuad Tok Gajah menewaskan Kelantan 3-0.
Sebelum menyertai Pahang, pemain tengah itu pernah menyarung jersi Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada musim 2013 hingga 2015 dan Perlis (2016).
Perkara itu juga disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramalingam menepis khabar angin yang tersebar di media sosial kononnya pemain import Pahang, Mohamadou Sumareh didaftarkan selaku pemain tempatan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).
Buat masa ini, Sumareh masih kekal dengan status sebagai pemain import dan tiada sebarang makluman rasmi daripada Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) bahawa pemain itu telah mendapat kerakyatan Malaysia.
“Sumareh didaftar sebagai pemain import dan bukan pemain tempatan. Saya telah mendengar khabar angin sebelum ini tetapi dia adalah pemain import Pahang,” katanya.
0 Comments for "Jawapan Kepada Sumareh Didaftarkan Sebagai Pemain Tempatan"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top